Assalamualaikum .
Post untuk malam niy lain lah sedikit ehh .
Rosse hanya post gambar je malam niy .
Korang mesti rindu dengan rosse kan .
Hee :D
Okayy the terobekk , gambar masa akak rosse kahwin .
Bilik dia yang agak semak kan .
heee :D
Okay nampak tak dua gambar yang dekat atas niy ?
Hehehe niy lah anak sedara rosse yang baru ,
Muhammad Azfar Iskandar :)
Handsome kan dia ? Okay Is memang tak boleh berenggang dengan ibu dia
(akak rosse) tapi Is sangat manja dengan umi dia niy (rosse) .
My adopted son auu . Okay tak dia panggil rosse umi ?
Hehehe :)
Okay w/ satu-satunya ibu yang rosse ada .
Zainab bte Yaacob .
Mak rosse cantik ? Ehh mestilah tengok pulak anak dia cemana .
Hahaha . Dialah permata hati rosse serta dia lah
pengarang jantung rosse niy . hehe .
Ramai yang cakap mak rosse sporting . Yee memang mak rosse sporting ,
bahkan semua kakak-kakak and abang-abang rosse semua sporting .
Loveyoumakk <3
The terobekkk .
Waktu niy ajak mak hang pergi mamak sebab lapar + mengidam nak makan nasi briyani
even mak rosse keturunan mamak tapi dia tak pandai masak nasi briyani .
Hmm , pelik kan ? Tapi bagi rosse biasa jee .
Tapi kalau dia buat kari mamak fulamaakk hai , memang tiptop ahh .
Okay tengok dua gambar dekat atas niy . Hehe .
Berjinak-jinak pakai baju besar .
In shaa Allah , akan pergi ke peringkat seterusnya nanti .
Doa-doakan lah untuk rosse ehh .
Hehehe . Gambar yang kat atas niy semuanya dekat dusun ayah dekat Jerantut .
Boleh lah tahan takde lah besar mana pun cuma 6 hektar sahaja .
Dulu dusun niy memang sepenuhnya bapak rosse tanam buah lah kan .
Rosse ingat lagi dulu ada buah koko , buah durian , buah manggis
buah rambai , buah rambutan , buah langsat , buah duku , buah salak .
Tapi sekarang semua ayah dah tebang , buat jadi ladang kelapa sawit pulak .
Tak banyak dah poko yang tinggal , adalah untuk kiteorg sekeluarga makan . Tapi pokok koko
memang dah takde .
Rosse suka ikot pergi dusun sebab kat sini ada anak sungai auu .
Damai jee tempat dia sunyi dari laluan kenderaan .
Tenang kalau pergi dusun ayah niyy . Even anak sungai tu tak besar kiteorg rajin berkelah
mandi-manda kat tempat tu . Rosse dengan Elia mesti menangis
kalau tengok bukit-bukau yang tlh digondolkan .
Pencinta alam katakan .
Ramai yang tanya tentang tanah tu
Cina tu siap tawarkan ayah 1juta lagi untuk tanah dgn pokok-pokok kelapa sawit tu .
Tapi ayah taknak jual , dia sayang dusun tu lagipun dia kata memang cina tu sanggup bayar
berapa juta pun sebab cina tu blh buat duit tiap-tiap bulan income dia lagi masyukk
sebabtu ayah takjual lagipun anak-anak sawit dah mulai besar sekarang .
Mak pun memang tak bagi jual tempat tu sebab ada anak sungai kan .
Dia kata kalau anak-anak cucu dia balik boleh bawak g dusun berkelah kat situ ,
untung ayah dapat beli tanah tu .
Okay dua gambar yang dekat atas niy pun waktu majlis perkahwinan akak rosse .
Rosse beria kat m,ajlis niy sebab nanti majlis kat sebelah lelaki rosse tak dapat ikot .
Nun jauh di PLKN sana .
Gambar kat atas bertarikh 22 March 2014 .
Cari barang pergi PLKN ditemani sahabat maa .
Lepak MB dulu , lepastu merata jugak lah kiteorg pergi haritu .
Frustated tak dapat pergi tengok bola malam tu kan .
Then last sekali lepak kedai makan nasi lemak meletop bersama Yana :)
Then last sekali lepak kedai makan nasi lemak meletop bersama Yana :)
Okay gambar niy pulak masa rosse kuar dengan mak pergi beli barang dapur .
Thanks mak ambik kan gambar anak mak yang gedik niy .
Hehehe . Lepastu mak pergi belanja secret recipe pulak .
Apalagi pilih kesukaan lah , white chocolate cheese .
Then buku yang rosse bawak tu tulah buku Ahmad Ammar .
Semoga almarhum Ahmad Ammar bernaung dibawah rahmatnya .
Aminnn. Al-Fatehah :)