Assalamualaikum . salam sahabat
buat anda semua . rosse tahu ramai yang dah tahu tentang blog rosse niy kan ? Alhamdulillah
. syukur terhadap Allah s.w.t kerana
sehingga harini kite diberikan kesempatan untuk menghirup udara dari sang
pencipta . dah terlampau lama kan rosse tak post dekat blog niy ? hmm nak buat
macam mana rosse terlampau busy sampai takde masa nak on lappy . kadang-kadang
tu niat memang terlintas nak post cuma masa yang tidak mengizinkan . bila dah
terlampau khusyuk dengan lappy lupa pulak tanggungjawab terhadap Allah s.w.t
.hmm biasa lah manusia kan . Nak berubah senang tapi nak kekal kan dengan
perubahan tu agak payah . harini rosse sempat curi masa sikit untuk post apa
yang terbuku di hati niy . hehehe . time susah cari blog , time senang lupa
blog . hahaha ! alololo blog rosse michiko niy merajuk dengan rosse . hahaha ! sahabat
semua , sehat atau sakit kah ? yelaa cuaca Negara kite tengah mengalami keadaan
yang teruk kan . so , dinasihatkan anda semua menjaga kesihatan sebaik mungkin
. Air masak jangan lupa diminum , 8 gelas sehari . Alhamdulillah rosse dekat
sini baik-baik jee . berkat orang tua yang menjaga kan bertambah sihat lah
rosse , hmm g PLKN nanti taktahu lah sape nak jaga . Dah tak lama pun tinggal
lagi beberapa hari je lagi nak masuk PLKN 05/04/2014 . hmm tinggal lagi lah
blog niy , haha ! padan muka ! niat rosse harini nak post tentang keadaan diri
rosse sekarang . ramai yang bertanya dekat wechat kenapa rosse jadi macam niy .
okay meh meh sini rosse nak jelas .
Sahabat semua ,
Ramai yang bertanya kenapa rosse
berubah sampai jadi macam niy . Hey sahabat , rosse tak pernah berubah untuk
jadi orang luar . rosse masih lagi teman serta sahabat korang . rosse taktahu
kenapa rosse jadi macam niy tapi rosse tahu niy takdir hidup rosse . Allah
telah membuka hati rosse untuk terus mendalami ilmu islam yang unik niy . Ramai
remaja sekarang yang sudah lari dari landasan islam yang sebenar . rosse pun
mengaku dulu rosse dah terkeluar sikit dari ajaran islam , bukan maksud
terkeluar dari islam tu sampai rosse tak mengaku islam tu agama rosse , tak .
bukan macam tu . rosse masih lagi mengaku islam tu agama rosse , Cuma rosse
lari dari apa yang Allah perintah kan . rosse tak menutup aurat , rosse tak
sembahyang macam mana umat islam buat , even rosse tak pernah keluar lewat
malam tapi rosse still keluar waktu malam . Rosse jahat kan ? Memang rosse
bukan kaki clubbing bahkan rosse tak pnh masuk clubbing pun tapi rosse pernah
masuk pusat karaoke . bagi rosse semua tu dah kira perbuatan yang jahat . hmm ,
orang kata hidup niy hanya sekali so kite enjoy lah . Tapi mulai sekarang rosse
akan pegang prinsip Ahmad Ammar “dunia tempat aku berpenat , akhirat tempat aku
berehat” . Siapa Ahmad Ammar ? Seorang anak muda yang memperjuangkan islam dan
mati syahid di bumi Al-Fateh , Turki . Seorang warganegara Malaysia yang
pertama dikebumikan di kerajaaan Uthamaniyyah , di Perkuburan Eyub Sultan .
Perkuburan ini menempatkan 60 para sahabat nabi auliya’ . Sungguh jenazah Ahmad
Ammar dimuliakan disana . Allahurabbi . Selepas rosse baca kisah Ahmad Ammar
dalam sebuah novel “Cerita Cinta Ahmad Ammar” dari situ lagi membuak-buak
perasaan ingin mencontohi Ahmad Ammar untuk terus berdakwah memperjuangkan
islam . Allahurabbi , sungguh mulia hatimu wahai Ahmad Ammar . Semoga kamu
tenang dijaga olehNya disana . Al-Fatehah . Okay kite sambung semula cerita
rosse ehh . niat rosse memang nak berubah sepenuhnya tapi rosse nak mula
slow-slow . Dari pakaian , perbuatan dan sebagainya .In shaa Allah semoga Allah
permudah kan segala urusan rosse . Rosse mengaku kadang-kadang tu nak tersasar
juga , tapi sempat rosse ingatkan dalam diri “selangkah anak gadis keluar tanpa
menutup aurat , selangkah juga bapanya ke neraka” . Allahurabbi rosse sayang
bapa rosse , rosse taknak sebab rosse dia disambar oleh api neraka . rosse
pasti semua tak puas hati dengan jawapan yang rosse berikan tu kan . hmm
actually rosse dah banyak patah hati dengan orang yang sama , dan setiap kali
rosse patah hati rosse akan muhasabah diri berdoa memohon apa yang terbaik
untuk rosse . Dan tika itulah rosse rasa macam ada nur untuk rosse terus
mendalami islam dalam erti kata sebenar , bukannya islam atas IC sahaja .
setiap kali di tikar sejadah rosse akan sujud untuk kali kedua selepas berdoa ,
dan dari situlah rosse temui satu ketenangan yang rosse pun sendiri taktahu nak
describe macam mana seolah-olah rosse sedang berdialog dengan Sang Pencipta .
Rasa yang sangat mendamaikan , terasa semua beban-beban yang ada hilang dalam
sekelip mata . Indahnya tika itu hanya rosse yang dapat rasa .
Sahabat ,
Rosse coretkan semua ini bukan
untuk bermegah-megah kerana itu boleh menjadi riak , tapi rosse coretkan ini
semua untuk kita sama-sama bangkit memartabatkan agama kita sendiri meneruskan
perjuangan Nabi s.a.w . Bukannya rosse nak korang berubah secara mendadak ,
tapi berubah untuk cuba mendekati Allah dahulu dan yang selebihnya korang akan
dapat hidayah tu sendiri Cuma cepat atau lambat kita tidak tahu . bersabar lah
, kerana sabar itu sangat indah . Jika lambat , anggap itu ujian untuk melatih
diri jangan cepat berputus asa dan jika cepat , anggap kita bertuah kerana
diberikan hidayah olehNya. Cuba fikir positive tentang apa yang Allah
rancangkan . Kerana sebaik-baik perancangan adalah perancangan Yang Maha Esa .
Okay rosse cerita sikit tentang result SPM rosse yang rosse dapat haritu ehh .
Hmm , mulanya memang kecewa dengan result yang rosse dapat , 3B 3C 3D . Hmm
memang balik dari sekolah tu air muka mak rosse agak lain sikit , ayah rosse
macam biasa jee . Rosse memang kecewa sebab tak dapat nak bangga kan diaorang ,
tapi rosse anggap niy ujian dari Allah . Allah nak uji sejauh mana bersyukurnya
rosse atas rezekiNya , Dia jugak nak uji sejauh mana keimanan rosse terhadap
Dia . Yelah , rosse kan baru jee mencari keredhaan Illahi . Lepas tu terus
rosse muhasabah diri rosse , mungkin rezeki rosse untuk SPM banyak tu jee tapi
mana tahu rezeki rosse untuk benda lain lebih banyak . mungkin ada yang lebih
baik perancangan Allah selepas niy . Itulah yang rosse cakapkan dekat diri
rosse . tapi manusia memang mudah lupa kan . sebenarnya 16/03/2014 tu rosse
lupa akan kebahagiaan yang rosse serta family rosse dapat . 16 hb tu rosse
dapat seorang abang ipar baru , dan pada hari yang sama jugak akak rosse yang
dah berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak tu dia mendapat seorang anak
lelaki orang Perak beri dekat dia . Allahurabbi . Kebahagiaan , rosse taktahu
nak describe macam mana . Rezeki yang Allah turunkan untuk keluarga kami sangat
besar . Rosse terlupa akan semua benda tu . rosse memohon ampun dari Sang
Pencipta , dan rosse mohon agar rosse terus bersyukur dengan kebahagiaan harini
serta kegembiraan hari esok . Truly Happiness . Itulah yang rosse ceritakan
untuk post ini . Jika kita buat sesuatu perkara demi kerana Allah s.w.t , in shaa Allah rezeki kita akan bertambah
bukan berkurang . dan untuk sahabat rosse yang belum berhijab sepenuhnya rosse
mohon sama-sama lah kita berubah untuk jadi yang lebih baik . Lelaki hormat
kita bukan atas pendedahan aurat kita , tapi kerana penutupan aurat kita tu
yang membuatkan lelaki hormat kita dengan cara tidak berani menegur kita .
Kehormatan seorang perempuan terletak pada penutupan auratnya , bukan pada
pendedahan auratnya . Jika seorang perempuan itu mendedahkan auratnya , jadi
dimana lagi kehormatan yang perlu dia dapat . Awak buruk dimata manusia , tidak
mengapa sayang , itu semua ujian . Cukuplah awak cantik dipandanganNya , itu
satu kenikmatan . Apa yang kita ingin pilih ? Sama ada dunia yang sementara atau
akhirat yang selamanya .
Sahabat wechat ,
Rosse taktahu macam mana nak
tenangkan awak , sebab rosse sendiri pun sudah berkali-kali dikecewakan oleh
orang yang sama . apa yang rosse boleh cakap adalah , La Tahzan Robbuna Ma’anna
, jangan bersedih Allah bersama kita . Lagu nyanyian Heliza Helmi tu menjadi
inspirasi buat rosse tau . Lagu tu maknanya dalam sangat . Jangan kita bersedih
setiap sesuatu tu pasti ada hikmahnya . Sayang , awak baru berapa kali disakiti
rosse niy lebih dari awak rosse pernah kena . Rosse dah banyak kali didua kan ,
sakit dia ? Jangan pernah ditanya , samapai satu tahap rosse dah tak rasa benda
tu sakit . Malah , rasa dah takde apa . Bila dia buat , dia mintak maaf dan
janji tak buat lagi , tapi hakikatnya janji hanya tinggal janji . Lepas tu ,
dia buat lagi . Awak muda lagi sayang , jangan pernah putus asa . Apabila yang
terbaik meninggalkan kita , jangan risau Allah dah simpan kan yang lebih baik
untuk kita . Jangan pernah awak percaya kata-kata lelaki yang awak terlampau
baik untuk dia . Setiap
kali lelaki cakap macam tu , itu bermakna dia dah ada pengganti diri awak . Percayalah
, rosse lebih dulu makan garam dari awak . Awak baru form 4 , banyak lagi yang
awak perlu lalui . Dengar cakap rosse , awak tak perlu merindui seseorang yang
tidak pernah merindui awak kalau awak buat semua tu ternyata sia-sia . Rosse
memang pandai nasihatkan orang kan , padahal kena kat rosse sendiri pun rosse
tak boleh nak hadapi . Tapi , rosse kuatkan hati ini rosse beranikan diri cakap
kat dia “kita dah buat haluan masing-masing , so takpayah lah kita contact lagi
lepas niy” . Siapa yang relakan untuk melepaskan orang yang dia sayang ? Tapi
rosse buat jugak macam tu , dalam diri rosse jika dia masih nak kat rosse dia
akan datang cari rosse , tapi kalau dia taknak kat rosse dia akan abaikan rosse
. Tapi betul apa yang rosse cakap , dia memang taknak kat rosse sebab tu dia
tak datang cari rosse . Lelaki niy dia pandai main kan peranan tu , tapi bukan
semua lelaki macam tu . Untuk cari lelaki yang bukan macam tu , mungkin hanya
ada 1 dalam 1000 . Sayang , sebenarnya Allah sedang memberi kita waktu kita
dipersilakan memperbaiki diri , menata hati , dan memantaskan diri . Saat kita
siap , boleh jadi calon kita orang yang sama .Hanya saja , saat kita bertemu
dengannya kita sudah siap . Bukankah itu lebih baik bagi kita ? Boleh jadi
jugak calon kita orang yang berbeza , tapi sama baiknya dengan orang pertama .
Mungkin juga orang yang lebih baik darinya . Allah hanya sedang memberi kita
waktu . Rosse ingat lagi saat rosse baru-baru ingin mencari keredhaan Allah ,
masa tulah yang si dia selalu buat hal . Then , rosse bukak twitter ada orang
retweet “akan selalu ada laki-laki yang baik untuk wanita yang terus berusaha
memperbaiki dirinya , dan akan selalu ada wanita yang baik untuk laki-laki yang
terus berusaha memperbaiki dirinya” . Sejak dari haritu rosse belajar meredhai
takdir Allah . Tiada siapa sangka kan ? Takdir Allah itu sememangnya indah ,
jauh dari imaginasi manusia . Sayangku , jika awak ada masalah awak teruskan
lah dengan senyuman . Kerana senyuman dapat menutup hati yang duka , senyuman
dapat sembunyikan masalah , senyuman memberikan kekuatan , senyuman dapat
membuatkan orang sekeliling awak turut tersenyum . Bila rosse dalam masalah
rosse akan terus tersenyum sambil berkata “saya okay”. Dua patah perkataan yang
tidak ikhlas langsung , sedangkan waktu tu rosse harap sangat seseorang datang
dekat rosse hold my hand and said “i know , that you’re not” . Tapi rosse
gagahkan jugak untuk tersenyum . Kerana bagi rosse hanya seorang yang melukan
hati rosse , sedangkan yang lain cuba memberikan rosse bahagia . Sebabtu rosse
terus tersenyum . Sayang , jika dia jodoh yang Allah tetapkan buatmu walau kita
merajuk , bertengkar , bergaduh macam mana sekalipun kita tetap akan bersama
dia juga . Allah tidak akan menguji seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya , dan ingatlah doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah .
Percayalah akan ada suatu hari nanti
orang yang istimewa yang betul sayangkan kita , jadi tak rugi pun kalau kita
tunngu orang yang istimewa tu . Sayang , rosse nak ingatkan jaga akhlak kita
dan jaga maruah diri kita , lelaki niy apabila dia menginginkan sesuatu yang
berlandaskan hawa nafsu itu hanyalah kerana dia nak uji kita apakah kita niy
seorang yang mudah memberi atau kita niy seorang yang menjaga maruah kita . Dan
apabila dia menginginkan seseorang untuk memberikan dia zuriat dia akan cari
seorang isteri yang menjaga maruahnya demi untuk seorang lelaki yang bernama
suami . Itulah lelaki . Awak muda sayang , ingat pesan rosse . Seteruk-teruk
rosse , rosse masih lagi menjaga mahkota diri rosse . Itu yang penting .
Jadilah seorang wanita yang berada didalam bekas kaca , hanya lelaki yang layak
sahaja yang akan mendapatkannya . J
Sahabat ,
Akhir coretan ini marilah kita
menadah tadah berdoa “ ya Allah , dengan rahmatMu , luruskan lah hatiku agar
lurus agamaku . Betulkan lah niat dihatiku agar aku ikhlas selalu . Tetapkan
lah hatiku agar tidak tergugat iman dihatiku dengan ujianMu yang menimpa” .
Sampai sini dulu coretan rosse kali niy , ada masa kita sambung lagi . Semoga
ada yang membuka hatinya untuk terus berjuang demi islam selepas baca blog
rosse niy . Apa yang rosse dapat akn rosse kongsikan bersama sahabat-sahabat
yang lain . In shaa Allah J
.
No comments:
Post a Comment